Skip to main content
Please wait...

Etika Mahkamah

Etika Berpakaian

Pakaian yang sopan dan tertib.

 

Dokumen-Dokumen

  1. Pengenalan Diri
    • Sekiranya anda adalah seorang warganegara Malaysia anda dikehendaki membawa Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran. Sekiranya anda adalah seorang warganegara asing anda dikehendaki membawa Pasport Antarabangsa atau dokumen-dokumen yang berkaitan.
  2. Anggota Kerajaan - Sila bawa bersama anda kad kuasa jabatan dan dokumen yang berkaitan.
  3. Pemilik Syarikat - Kemukakan Sijil Pendaftaran Syarikat dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
  4. Wakil Syarikat - Surat Perwakilan mesti dibawa bersama.
  5. Pemilik Hartanah - Sila kemukakan geran dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
  6. Sijil Sakit- Pastikan sijil sakit menyatakan anda tidak sihat untuk hadir ke Mahkamah.
  1. Saksi adalah seseorang yang akan memberi keterangan mengenai sesuatu fakta berkaitan dengan kes yang berkenaan. Seseorang yang diserahkan dengan sapina oleh mahkamah adalah seorang saksi dan beliau mestilah hadir ke Mahkamah untuk memberi keterangannya.
  2. Sekiranya gagal hadir Waran Tangkap boleh dikeluarkan terhadap beliau. Tujuan saksi hadir ke Mahkamah adalah untuk mengemukakan keterangan secara lisan atau secara dokumen mengenai sesuatu fakta supaya Mahkamah dapat membuat keputusan berdasarkan keterangan-keterangan yang diberikan.

 

  1. Pastikan tarikh/waktu dan tempat perbicaraan tersebut (Sila rujuk pada sapina).
  2. Sekiranya anda dikehendaki mengemukakan apa-apa dokumen tersebut disediakan dan dibawa pada hari perbicaraan. Rancanglah perjalanan anda, supaya anda sampai ke Mahkamah sebelum 9.00 pagi.
  3. Anda hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.
  1. Gunakan bahasa yang difahami untuk memberi keterangan. (Jurubahasa akan disediakan untuk bahasa-bahasa selain daripada Bahasa Malaysia).
  2. Angkat sumpah di dalam kandang saksi dengan suara yang kuat dan jelas sambil mengangkat tangan kanan paras bahu. Kemukakan kad pengenalan/kad kuasa/pasport melalui Jurubahasa untuk rujukan dan rekod Mahkamah.
  3. Hendaklah mendengar dengan teliti soalan-soalan Pendakwaan/Peguam dan jawab apa yang ditanya sahaja. Jika ada sebarang soalan yang tidak difahami atau tidak jelas, dapatkan penjelasan.
  4. Pastikan jawapan/keterangan yang diberikan adalah secara jujur dan benar. Saksi adalah terikat dengan sumpah untuk berkata benar.
  5. Bawa bersama-sama dokumen-dokumen yang akan dikemukakan ke kandang saksi. Dapatkan keizinan Mahkamah sekiranya ingin merujuk dokumen.
  6. Sekiranya keterangan belum selesai/saksi tidak sempat memberi keterangan, sila pastikan tarikh sambung perbicaraan dicatatkan kerana saksi perlu hadir pada tarikh tersebut.
    • Berada di dalam bilik bicara sebelum pukul 9.00 pagi atau pada masa yang telah ditetapkan oleh mahkamah.
    • Bangun dan tunduk hormat apabila Hakim/Majistret masuk dan meninggalkan bilik bicara.
    • Tampil ke hadapan apabila nama anda dipanggil oleh jurubahasa.
    • Berikan sepenuh perhatian anda kepada prosiding yang sedang berjalan.
    • Dilarang membuat bising semasa mahkamah bersidang.
    • Tunduk hormat ketika hendak masuk dan keluar dari mahkamah yang sedang bersidang.
    • Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk dibawa ke dalam bilik bicara kecuali jika diarahkan oleh mahkamah.
    • Sebarang jenis senjata adalah tidak dibenarkan.
    • Sebarang rakaman sama ada dalam bentuk audio atau visual adalah tidak dibenarkan.
    • Telefon bimbit dan alat-alat elektronik lain yang boleh menghasilkan bunyi hendaklah dimatikan.