Skip to main content

Bahagian Teknologi Maklumat

PENGENALAN

 

Bahagian Teknologi Maklumat merupakan bahagian yang bertanggungjawab ke atas pengurusan Teknologi Maklumat di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP). Bahagian ini diketuai oleh seorang Pengarah Bahagian dan dibantu oleh Timbalan Pengarah, beberapa orang Penolong Pengarah dan Pegawai Tekonologi Maklumat. Bahagian ini terdiri daripada beberapa unit iaitu Unit eKehakiman, Unit Aplikasi, Unit Portal dan Integrasi, Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Aset, Operasi dan Meja Bantuan dan juga Unit Rangkaian dan Pusat Data.

 

Bahagian ini adalah dibawah seliaan Pejabat Timbalan Ketua Pendaftar II (Operasi). Unit ini memainkan peranan penting dalam pengurusan dan pemantauan rangkaian, aplikasi, perkakasan, perisian sistem serta perkhidmatan teknikal yang digunakan oleh warga Kehakiman di seluruh Malaysia. 

FUNGSI DAN TUGAS BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

 

  1. Mengendali dan mengurus perolehan perkakasan, perkhidmatan ICT dan pengurusan projek ICT PKPMPM;
  2. Mengurus dan menyelaras operasi Pusat Data;
  3. Mengurus dan menyediakan perisian yang sah kepada setiap komputer dan pelayan;
  4. Merancang, membangun dan menyelenggara sistem aplikasi bagi menyokong operasi dan aktiviti mahkamah; dan
  5. Memberi perkhidmatan bantuan teknikal kepada kemudahan yang disediakan.