Bidang Kuasa Mahkamah Tinggi
Di bawah Seksyen 2 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi adalah merujuk kepada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak. Oleh itu, bidang kuasa Mahkamah Tinggi Malaya adalah setara (coordinate) dengan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
Secara umumnya, Mahkamah Tinggi Malaya akan mendengar kes-kes dan pertikaian-pertikaian yang berlaku dalam bidang kuasa Semenanjung Malaysia. Manakala, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak akan mendengar kes-kes dan pertikaian –pertikaian yang berlaku dalam bidang kuasanya di Sabah dan Sarawak sahaja.