- Utama
- Mengenai Kami
- e-Kehakiman
- Virtual Mahkamah
- Portal Mahkamah Negeri
- Akses Awam
- Warga Kehakiman
Di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Mahkamah Rendah telah ditubuhkan melalui Akta Mahkamah Rendah 1948. Mulai 1 Jun 1981, penggunaan dan pemakaian Akta Mahkamah Rendah 1948 diperluaskan lagi kepada Sabah dan Sarawak.
Beberapa perubahan penting juga telah dibuat berhubung dengan Mahkamah Rendah di seluruh negara. Istilah Mahkamah Majistret Kelas Pertama dan Mahkamah Daerah ditukarkan kepada Mahkamah Sesyen, sementara Mahkamah Majistret Kelas Kedua, Majistret Kelas Ketiga, Mahkamah Polis, Mahkamah Puncak Kecil dan Mahkamah Kecil telah dinamakan semula sebagai Mahkamah Majistret.
Daripada segi gelaran pula, Mahkamah Majistret dan Majistret Kelas Pertama ditukarkan kepada Presiden Mahkamah Sesyen yang kemudiannya dikenali sebagai Hakim Mahkamah Sesyen melalui pindaan yang dibuat di bawah Akta Mahkamah Rendah (Pindaan) 1987.