PENGENALAN
Bahagian Pengurusan merupakan bahagian yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengurusan sumber manusia, perkhidmatan dan kewangan di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Bahagian Pengurusan adalah terdiri daripada empat (4) unit yang diketuai oleh seorang Pengarah Pengurusan. Empat (4) unit tersebut adalah Cawangan Pengurusan, Cawangan Pengurusan Kewangan, Cawangan Kaunseling dan Cawangan Perpustakaan.
Di bawah Cawangan Pengurusan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, terdapat 7 seksyen iaitu Seksyen Penyelarasan Kontrak, Seksyen Keselamatan, Seksyen Peperiksaan, Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Seksyen Khidmat Pengurusan, Seksyen Pengurusan Rekod dan Seksyen Pengurusan Maklumat. Manakala di bawah Cawangan Pengurusan Kewangan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, terdapat empat (4) seksyen iaitu Seksyen Pembangunan dan Penyelenggara, Seksyen Perolehan, Aset & Stor, Seksyen Akaun dan Seksyen Kewangan. Selain itu terdapat juga Cawangan Perpustakaan yang diketuai Ketua Pustakawan dan di bawah Cawangan ini terdapat dua (2) Seksyen iaitu Seksyen Perkhidmatan Maklumat & Rujukan dan Seksyen Perkhidmatan Dokumentasi & Pengkalan Data.