PENGENALAN
Unit Integriti, Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah diwujudkan selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam seperti yang dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 (PP6/2013) ‘Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam’ yang mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2013. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit dan dibantu oleh Pegawai Tadbir Diplomat dan Penolong Kanan Pendaftar. Unit ini adalah di bawah seliaan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.