PENGENALAN
Unit Pesuruhjaya Sumpah Mahkamah Persekutuan Malaysia adalah berfungsi sebagai Unit untuk menguruskan Hal Ehwal Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia dengan efisen, cekap dan teratur dalam memastikan keberkesanan tugas-tugas yang dipikul oleh Pesuruhjaya Sumpah. Ini secara tidak langsung menyumbang kepada imej Badan Kehakiman Malaysia. Unit Pesuruhjaya sumpah turut menjalankan fungsi untuk mengadakan temuduga/peperiksaan bagi pengambilan PJS pada setiap tahun menjadikan jumlah PJS meningkat pada saban tahun.Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit dan dibantu oleh seorang Penolong Kanan Pendaftar. Unit ini adalah di bawah seliaan Pejabat Ketua Hakim Negara dan Bahagian Penyelidikan.