Skip to main content

Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak adalah bahagian yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran Mahkamah di seluruh Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak diketuai oleh seorang Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dan dibantu oleh seorang Penolong Kanan Pendaftar. 

 

Fungsi tugas:

 

Mengeluarkan arahan-arahan dalaman yang berkaitan dengan pentadbiran Kehakiman untuk dilaksanakan selaras dengan arahan YAA Ketua Hakim Negara dan Pejabat Ketua Pendaftar.

Mengawal selia pentadbiran Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak.

Mengeluarkan arahan-arahan amalan dan peraturan seperti yang diarahkan oleh YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Membuat perancangan dan memantau perlaksanaan dasar-dasar pentadbiran Mahkamah Sabah dan Sarawak selaras dengan arahan oleh YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari masa ke semasa.

Merancang dan meyelia keperluan Mahkamah Sabah dan Sarawak termasuk merancang dan melaksanakan program-program latihan, pertukaran pegawai dan kenaikan pangkat.

Merancang keperluan fizikal Mahkamah-Mahkamah di Negeri Sabah dan Sarawak iaitu memantau perlaksanaan projek-projek pembangunan di bawah peruntukan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan POJ.

Menyelaras laporan prestasi tahunan pegawai dan kakitangan di bawah pemantauan Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak..

Menghadiri mesyuarat di peringkat Negeri dan Persekutuan termasuk di Palace of Justice (POJ).

Mengadakan mesyuarat berkala dengan persatuan-persatuan Peguam Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan maklumbalas bagi menambahbaik sistem penyampaian dalam tugasan kehakiman di Mahkamah Sabah dan Sarawak.

Mengambil tindakan terhadap pengaduan orang awam terhadap mana-mana peguam.

Mengendalikan pendaftaran “Bill of Sales”..

Mengesahkan "Writ Of Seizure and Sale” dan “Arrest of Ships".

Melaksanakan "Memorandum of Transfer” selepas penjualan secara tender atau lelongan Mahkamah.

Menjadi Trustee kepada Akaun Fixed Deposit "Judgment Creditors" setelah bayaran dikeluarkan dari Daftar Deposit.

Mengeluarkan Sijil Amalan (Practising Certificates) tahunan.

Menyediakan dan mengeluarkan perintah ("Order") kepada peguam-peguam baru, Ad Hoc Admission & Exemption Orde selepas didengar oleh YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Mengadakan mesyuarat dengan pegawai kehakiman di bawah seliaan untuk mendapatkan maklumbalas bagi menambahbaik sistem penyampaian dalam tugasan kehakiman di Mahkamah Sabah dan Sarawak.

Mempengerusikan urusan tatatertib bagi pegawai dan kakitangan Mahkamah Sarawak.