Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan Malaysia
Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan bertanggungjawab ke atas pentadbiran di Mahkamah Rayuan Malaysia. Ianya diketuai oleh Pendaftar Mahkamah Rayuan dan dibantu Timbalan Kanan Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan juga Penolong Kanan Pendaftar.
Pejabat ini bertanggungjawab melaksanakan arahan yang diberikan oleh YAA Presiden Mahkamah Rayuan dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Pejabat ini bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran am dan kehakiman dengan memastikan yang berikut:
Pejabat ini juga menyediakan dan mengeluarkan arahan amalan dan pekeliling Presiden Mahkamah Rayuan selaras dengan keperluan semasa. Selain itu, Pejabat ini juga menyelia keperluan logistik, aset dan inventori serta memantau perjalanan kes dan statistik bagi Mahkamah Rayuan Malaysia. Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan juga bertanggungjawab untuk menyelia keselamatan dalaman dan luaran Mahkamah Rayuan Malaysia.
ALAMAT
- Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan Malaysia
- Mahkamah Rayuan Malaysia, Aras 2,
- Istana Kehakiman, Presint 3,
- 62506 Putrajaya
Hubungi
- 03-8880 3500 (Operator)
- ppmr@kehakiman.gov.my