YA Dato' Sri Abu Samah Bin Nordin

YA Dato' Sri Abu Samah Bin Nordin
Hakim Mahkamah Rayuan
DCSM, DIMP, KMN, PPT
|
PROFIL
Y.A. Dato’ dilahirkan pada 18 Julai 1952 di Kampong Sentang, Kertau, Chenor, Pahang. Beliau adalah lulusan dalam bidang undang-undang LL.B (Hons) Universiti Malaya dan LL.M Universiti College, London.
Y.A. Dato’ memulakan kerjayanya dalam bidang undang-undang sebagai Timbalan Pendakwaraya, Biro Siasatan Negara Malaysia. K.Lumpur. Kemudian pada tahun 1979 beliau dilantik sebagai Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi, Kuantan Pahang. Setelah itu pada tahun 1982, Y.A. Dato’ dilantik pula sebagai Peguam Kanan Persekutuan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, K. Lumpur. Antara 1982 hingga 1983, beliau diluluskan cuti belajar bergaji penuh untuk mengikuti Kursus LL.M di University College London selama 12 bulan. Sekembalinya ke tanahair, beliau terus dilantik sebagai Timbalan Pendaftar Syarikat, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, Kuala Lumpur. Kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Undang-Undang dan pada tahun 1985 dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan. Pada tahun 1989 beliau dilantik pula sebagai Peguam Kanan Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri, K. Lumpur dan kemudian sebagai Peguam Kanan Persekutuan, Bahagian Penasihat Dan Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara. Antara tahun 1990 hingga 1992 beliau berkhidmat sebagai Peguam Kanan Persekutuan, Badan Pencegah Rasuah, K. Lumpur dan kemudiannya sebagai Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Hasil Dalam Negeri, K. Lumpur. Pada tahun 1994 beliau dilantik pula ke jawatan Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Malaya Bahagian Dagang, K. Lumpur. Pada 1994 Y.A. Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Bahagian Dagang, K. Lumpur. Antara tahun 1997 hingga 2007 beliau telah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Kuantan, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Shah Alam, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Melaka dan Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, K. Lumpur, Bahagian Jenayah 1. Pada 17 Julai 2007, Y.A. Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia. Sebagai sumbangannya kepada Negara Y.A. Dato telah dianugerahkan Pingat Perkerti Tertinggi (PPT) Negeri Sembilan, Kesatria Mangku Negara, (KMN) Peringkat Persekutuan, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) Y.A. Dato’ telah berkahwin dengan Datin Norizan bte Kamarudin dan dikurniakan 3 orang anak. |
|
ALAMAT Kamar Hakim Mahkamah Rayuan Mahkamah Persekutuan Malaysia Aras 4 Utara, Istana Kehakiman Presint 3 62506 PUTRAJAYA |
|
|
Dikemaskini pada : Mon, 21/03/2011 - 3:29pm — Anonymous
4494 reads |














