Maklumat Umum
APA ITU TUNTUTAN SIVIL?
- Tuntutan sivil ialah pertikaian undang-undang dan fakta antara dua atau lebih pihak yang menuntut remedi, ganti rugi atau pampasan.
Memfailkan Tuntutan Sivil
- Tuntutan oleh individu tidak melebihi RM5,000.00 boleh difailkan di Mahkamah Tuntutan Kecil.
- Mahkamah Majistret akan mendengar semua tuntutan sivil sehingga RM100,000.00.
- Mahkamah Sesyen akan mendengar semua tuntutan sivil antara RM100,001.00 hingga RM1,000,000.00
- Mahkamah Tinggi boleh mendengar semua tuntutan kewangan (bidang kuasa tanpa had).
CONTOH TUNTUTAN SIVIL
- Pinjaman peribadi
- Pinjaman Perumahan
- Sewa beli
- Pinjaman Pengajian
- Kad kredit
- Pelanggaran kontrak
- Pertikaian yang melibatkan Harta Alih dan Harta Tak Alih
- Pertikaian antara Tuan Rumah dan Penyewa
- Tuntutan sivil yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotor
- Tuntutan Kecederaan Diri