Skip to main content

Bahagian Pembangunan Strategik, Latihan dan Komunikasi Korporat

Diana binti Md Razali

Bahagian Pembangunan Strategik, Latihan dan Komunikasi Korporat

PENGENALAN

Bahagian Pembangunan Strategik dan Latihan terdiri daripada 4 unit dan diketuai oleh seorang Pengarah Bahagian. 

 

 

FUNGSI DAN TUGAS BAHAGIAN PEMBANGUNAN STRATEGIK DAN LATIHAN PKPMP

  1. Menjalankan naziran di mahkamah seluruh Malaysia; dan
  2. Menjalankan siasatan/semakan dalaman Kehakiman terhadap para pegawai dan kakitangan Mahkamah sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

 

Unit Komunikasi Korporat

  1. Menjadi focal person antara PKPMP dan media berhubung dengan sebarang kenyataan dan soalan berkaitan PKPMP dan Badan Kehakiman di Malaysia.
  2. Memantau dan menyelaras kandungan di laman web rasmi PKPMP dan mahkamah negeri dan media sosial seperti Youtube, Facebook, Instagram dan Twitter.
  3. Menyelia dan memantau kandungan bahan pameran di Muzium Kehakiman, Istana Kehakiman.
  4. Menyalurkan maklumat berkaitan hal ehwal semasa PKPMP serta menyelia dan melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan di PKPMP dan seluruh mahkamah.
  5. Menyelia dan memberi maklum balas terhadap semua aduan, pertanyaan, maklum balas pelanggan dan orang awam yang diterima melalui surat, telefon, emel, sistem pengurusan aduan awam (SisPAA PKPMP) dan aduan yang diterima daripada Biro Pengaduan Awam atau agensi kerajaan yang lain
  6. Menjalankan tugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam dan Pega- wai Aduan di PKPMP serta menyelaras dan menyelia Pegawai Perhubungan Awam peringkat negeri dan Pegawai Penyiasat SiSPAA PKPMP.
  7. Mengurus lawatan daripada delegasi Badan Kehakiman Malaysia, lawatan tetamu YAA Ketua Hakim Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Malaya dan YA Hakim-hakim, agensi-agensi kerajaan dan swasta, dan Institusi Pendidikan ke Istana Kehakiman
  8. Menguruskan acara-acara yang diadakan di Istana Kehakiman dan mahkamah-mahkamah seluruh Malaysia.
  9. Mengurus rakaman gambar dan video bagi aktiviti Ketua Hakim Negara dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Unit Pengurusan Data Dan Statistik

  • Sebagai bank pusat penyimpanan data; dan
  • Sebagai pusat pembekalan data yang membekalkan laporan unjuran tahunan Outcome (Outcome Based Budgeting - OBB) kepada PKPMP Malaysia dan memberikan gambaran yang holistik mengenai penyediaan bajet bagi tujuan pemantauan dan perancangan (projection) PKPMP Malaysia. Antaranya adalah:
    • Peningkatan prestasi aktiviti mahkamah ke arah penyelesaian kes yang lebih efektif;
    • Penambahbaikan pengurusan sumber manusia;
    • Pencapaian keberhasilan dan prestasi kewangan jabatan;
    • Perangkaan dasar dan strategi penstrukturan semula kepentingan mahkamah seluruh Malaysia; dan
    • Mengumpul dan menyemak data statistik yang diterima daripada seluruh mahkamah di Malaysia serta menyediakan laporan statistik

 

 

Unit Perancangan Strategik & Inovasi

  1. Menyediakan draf Pelan Perancangan Strategik PKPMP bagi setiap 5 tahun;
  2. Menyediakan draf laporan tentang tindakan / aktiviti yang telah diprogramkan dalam Pelan Perancangan Strategik PKPMP;
  3. Menjalankan penyelidikan dan menyediakan draf awal tentang pembangunan organisasi, penstrukturan semula PKPMP dan hala tuju badan kehakiman;
  4. Menjalankan fungsi keurusetiaan (secretarial) Persidangan Pembukaan Tahun Perundangan/Majlis Pelantikan Hakim/Pesuruhjaya Kehakiman dan Angkat Sumpah Taat Setia Hakim; dan
  5. Merancang dan menghasilkan inovasi kehakiman bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan/penyampaian Badan Kehakiman Malaysia.

 

 

Unit Latihan & Pembangunan 

  1. Meningkatkan pengetahuan, kepakaran dan kualiti perkhidmatan pegawai Kehakiman dan kakitangan sokongan dengan menjalankan latihan Kehakiman yang berkaitan;
  2. Merangka dan mengemaskini kurikulum latihan Kehakiman yang relevan dan dinamik dengan menjalankan penyelidikan berkaitan isu perundangan;
  3. Menjalankan kajian yang berkaitan dengan keperluan latihan (Training Need Analysis) dan Analisis Impak kepada organisasi dan juga pegawai kehakiman supaya kurikulum Latihan Kehakiman yang dinamik, relevan serta seiring dengan perkembangan system perundangan negara dapat dilaksanakan;
  4. Merancang dan mengendalikan program latihan / seminar / bengkel kepada semua pegawai Kehakiman dan juga kakitangan sokongan dengan menggunakan system e-latihan dimana program latihan / seminar/bengkel sepanjang tahun disediakan bagi memudahkan pegawai Kehakiman dan juga kakitan- gan sokongan memilih latihan / seminar / bengkel yang akan mereka hadiri;
  5. Menjalinkan kerjasama secara perkongsian maklumat dan kemahiran dengan pelbagai agensi yang berkaitan di dalam menjalankan program latihan/seminar/bengkel bagi meningkatkan kepakaran dalam membangunkan modal insan PKPMP;
  6. Memastikan kelancaran program latihan / seminar / bengkel yang dianjurkan;
  7. Menyelaras permohonan kursus anjuran ILKAP dan agensi-agensi lain;
  8. Mengenalpasti pegawai Kehakiman yang berpengalaman untuk menyam- paikan ceramah bagi kursus anjuran ILKAP dan agensi-agensi lain;
  9. Menyedia, menyelaras dan memantau belanjawan Bahagian Latihan dan Pembangunan Kapasiti Kehakiman;
  10. Menyelaras permohonan pengajian pegawai/kakitangan PKPMP untuk Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)-Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan Biasiswa/Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa dan Hadiah Latihan Separa Biasiswa (HLSB);
  11. Menyelaras permohonan kursus/ latihan pegawai / kakitangan PKPMP untuk Central Officials Training Institute (COTI) dan Japan Interna- tional Cooperation Agency (JICA);
  12. Menguruskan permohonan Program Sangkutan / Latihan Industri (Prakti- kal) untuk ditempatkan di PKPMP;
  13. Memantau keberkesanan program latihan/seminar/bengkel yang telah dianjurkan;
  14. Memantau rekod kehadiran kursus pegawai Kehakiman supaya pencapa- ian kehadiran menghadiri kursus 3 hari setahun dapat dicapai; dan
  15. Mengendalikan urusan perjalanan pergi dan pulang YA Hakim/Pegawai yang menjalani latihan di luar negara