Program Sangkutan Mahkamah Atasan
SILA IMBAS UNTUK MEMUAT TURUN BORANG PERMOHONAN/SCAN TO DOWNLOAD APPLICATION FORM
- Permohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang sedang atau telah menamatkan pengajian Sarjana Muda Undang-undang dengan kepujian LLB (Hons.) daripada mana-mana universiti tempatan atau luar negara.
- Tempoh program sangkutan adalah tidak melebihi satu (1) bulan atau mana-mana tempoh yang ditetapkan.
- Pemohon program sangkutan tidak layak menuntut sebarang bayaran elaun, tuntutan perjalanan atau penginapan dan perlindungan perubatan sepanjang tempoh program sangkutan.
- Penempatan pemohon sepanjang program sangkutan akan ditentukan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
- Sepanjang tempoh program sangkutan, pemohon perlu mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam yang berkuatkuasa.
- Pemohon dikehendaki untuk menandatangani perakuan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk merahsiakan segala maklumat yang diperoleh sepanjang tempoh program sangkutan.
- Sijil perakuan mengikuti program sangkutan akan diberikan tertakluk kepada budi bicara Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
- Program sangkutan ini bukan satu jaminan untuk pemohon akan diterima masuk ke Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan di masa akan datang.
- Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan mempunyai budi bicara untuk menolak sebarang permohonan dan / atau pada bila-bila masa menamatkan program sangkutan sekiranya didapati pemohon melanggar terma dan syarat program sangkutan. Sebarang keputusan adalah muktamad.
- Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan boleh mengenakan apa-apa syarat lain jika perlu dari semasa ke semasa sepanjang tempoh program.
- Pemohon yang berminat hendaklah memohon kepada Bahagian Latihan dan Pembangunan Kapasiti Kehakiman, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia melalui e-mel bahagianlatihan[at]kehakiman[dot]gov[dot]my selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh cadangan program sangkutan dengan mengemukakan maklumat berikut dalam format Microsoft Word atau PDF:
- satu (1) halaman muka surat esei dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris menjelaskan mengapa pemohon berhasrat untuk dipertimbangkan menyertai program sangkutan;
- maklumat peribadi (curriculum vitae) yang dikemas kini;
- keputusan dan transkrip peperiksaan terkini;
- sijil dan transkrip ijazah;
- Borang Permohonan Program Sangkutan Mahkamah Atasan Badan Kehakiman Malaysia yang menyatakan:
- tarikh dan tempoh masa cadangan untuk mengikuti program sangkutan;
- bidang undang-undang pilihan;
- nama YA Hakim pilihan pemohon bagi mengikuti program sangkutan;
- akujanji tidak pernah terlibat dalam apa-apa jenayah dan proses litigasi;
- akujanji berkelakuan baik;
- nama pihak untuk dihubungi ketika kecemasan beserta jenis pertalian; dan
- penyataan sumber pemerolehan maklumat tentang program.
- Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan mempunyai hak untuk membuat semakan dengan mana-mana pihak termasuk pihak Universiti bagi mengesahkan maklumat di dalam permohonan.
SILA IMBAS UNTUK MEMUAT TURUN BORANG PERMOHONAN/SCAN TO DOWNLOAD APPLICATION FORM
- Permohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang sedang atau telah menamatkan pengajian Sarjana Muda Undang-undang dengan kepujian LLB (Hons.) daripada mana-mana universiti tempatan atau luar negara.
- Tempoh program sangkutan adalah tidak melebihi satu (1) bulan atau mana-mana tempoh yang ditetapkan.
- Pemohon program sangkutan tidak layak menuntut sebarang bayaran elaun, tuntutan perjalanan atau penginapan dan perlindungan perubatan sepanjang tempoh program sangkutan.
- Penempatan pemohon sepanjang program sangkutan akan ditentukan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
- Sepanjang tempoh program sangkutan, pemohon perlu mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam yang berkuatkuasa.
- Pemohon dikehendaki untuk menandatangani perakuan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk merahsiakan segala maklumat yang diperoleh sepanjang tempoh program sangkutan.
- Sijil perakuan mengikuti program sangkutan akan diberikan tertakluk kepada budi bicara Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
- Program sangkutan ini bukan satu jaminan untuk pemohon akan diterima masuk ke Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan di masa akan datang.
- Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan mempunyai budi bicara untuk menolak sebarang permohonan dan / atau pada bila-bila masa menamatkan program sangkutan sekiranya didapati pemohon melanggar terma dan syarat program sangkutan. Sebarang keputusan adalah muktamad.
- Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan boleh mengenakan apa-apa syarat lain jika perlu dari semasa ke semasa sepanjang tempoh program.
- Pemohon yang berminat hendaklah memohon kepada Bahagian Latihan dan Pembangunan Kapasiti Kehakiman, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia melalui e-mel bahagianlatihan[at]kehakiman[dot]gov[dot]my selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh cadangan program sangkutan dengan mengemukakan maklumat berikut dalam format Microsoft Word atau PDF:
- Satu (1) halaman muka surat esei dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris menjelaskan mengapa pemohon berhasrat untuk dipertimbangkan menyertai program sangkutan;
- Maklumat peribadi (curriculum vitae) yang dikemas kini;
- Keputusan dan transkrip peperiksaan terkini;
- Sijil dan transkrip ijazah;