Skip to main content

Bahagian Pengantaraan (Mediasi)

PENGENALAN

Bahagian Pengantaraan (Mediasi), Mahkamah Persekutuan Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Jun 2016. Bahagian ini adalah di bawah seliaan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

FUNGSI DAN TUGAS BAHAGIAN PENGANTARAAN (MEDIASI)

  1. Menubuhkan dan menyelia Pusat Mediasi Mahkamah di setiap Mahkamah Negeri.
  2. Menyediakan perkhidmatan latihan, bimbingan dan perundingan kepada Pusat Mediasi Mahkamah Negeri.
  3. Merangka dan melaksanakan dasar-dasar berkaitan pengantaraan bagi Pusat Mediasi Mahkamah.
  4. Mengawal selia serta menyelia operasi Pusat Mediasi Mahkamah.
  5. Berfungsi sebagai pusat kebangsaan bagi pengumpulan dan pengurusan data serta maklumat berkaitan Pusat Mediasi Mahkamah di seluruh Malaysia.


SENARAI PUSAT MEDIASI MAHKAMAH

Terdapat 18 buah Pusat Mediasi Mahkamah di seluruh Malaysia. Senarai Pusat Mediasi Mahkamah boleh dilihat melalui pautan di bawah:

https://www.kehakiman.gov.my/ms/akses-awam/senarai-pusat-mediasi-mahkamah