Bahagian Dasar dan Perundangan merupakan bahagian yang mengendalikan hal-hal berkaitan dasar, perundangan, hal ehwal antarabangsa, parlimen dan penyelarasan kontrak bagi Badan Kehakiman secara amnya dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) secara khususnya. Bahagian ini juga berperanan dalam menjalankan kerja-kerja keurusetiaan Jawatankuasa-Jawatankuasa khas seperti Jawatankuasa Penyemak Undang-undang dan Jawatankuasa Kaedah-kaedah.
Bahagian Dasar dan Perundangan juga bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas seperti yang berikut:
- Menyediakan pandangan undang-undang berkaitan isu-isu dasar yang melibatkan Badan Kehakiman dan PKPMP;
- Menggubal perundangan yang melibatkan Badan Kehakiman dan PKPMP supaya selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak melangkaui bidang kuasa mahkamah;
- Menyediakan Kertas Jemaah Menteri bagi perkara-perkara yang melibatkan hal ehwal Badan Kehakiman dan PKPMP dan menyediakan ulasan kepada sebarang Memorandum Jemaah Menteri yang dirujuk oleh kementerian, jabatan dan agensi persekutuan yang berkaitan;
- Menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan Parlimen dan menyediakan jawapan bagi Soalan Lisan dan Bukan Lisan Parlimen yang melibatkan melibatkan Badan Kehakiman dan PKPMP;
- Menyediakan pandangan undang-undang berhubung hal ehwal antarabangsa yang berkaitan dengan Badan Kehakiman dan PKPMP termasuk menyemak instrumen kerjasama kehakiman antarabangsa yang berkaitan sama ada kerjasama dua hala atau yang melibatkan organisasi antarabangsa;
- Menyemak dan menyelaras kontrak serta perjanjian yang dimasuki oleh PKPMP dengan pihak swasta;
- Menyediakan dan menyemak memorandum persefahaman antara PKPMP dan agensi kerajaan/swasta; dan
- Menjalankan kerja-kerja keurusetiaan Jawatankuasa Kaedah-kaedah dan Jawatankuasa Penyemak Undang-undang.