PENGENALAN
Unit Sijil Amalan Guaman merupakan satu unit di bawah seliaan Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit.
FUNGSI DAN TUGAS UNIT SIJIL AMALAN GUAMAN
- Melantik, membekalkan dan mengawal selia Jurubahasa Asing Lantikan Mahkamah bagi kes jenayah di Mahkamah di seluruh Malaysia yang dipohon melalui portal e-Jurubahasa;
- Memproses Sijil Amalan Guaman yang diterima daripada Majlis Peguam Malaysia;
- Membantu dalam urusan penyampaian dokumen di luar bidangkuasa; dan
- Menguruskan pendaftaran perintah-perintah berkenaan dengan nafkah dari negara salingan menurut seksyen 3 akta perintah nafkah (kemudahan penguatkuasaan) 1949.