.jpg.jpeg)
YANG AMAT ARIF
DATUK SERI HASHIM BIN HAMZAH
HAKIM BESAR MALAYA
YAA Datuk Seri Hashim bin Hamzah dilahirkan pada 26 Disember 1961 di Pulau Pinang. YAA merupakan graduan ljazah Sarjana Muda Undang Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1985. YAA juga telah diterima masuk dan didaftarkan sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada 19.10.1996.
Kerjaya YAA dalam bidang perundangan bermula apabila menyertai perkhidmatan awam sebagai Majistret pada tahun 1985 hingga 1992. YAA kemudiannya telah dilantik sebagai Ketua Unit Pendakwaan dan Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara dari tahun 1992 hingga 2003, sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Sesyen pada tahun 200 sehingga 2008.
Pada tahun 2009, YAA telah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dan seterusnya sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia pada tahun 2010 sehingga 2012.
Pada 1 November 2012, YAA telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor. Kemudian, YAA telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi juga di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada tahun 2014. YAA juga pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Alar Setar, Kedah dari tahun 2015 hingga 2018 dan di Mahkamah Tinggi lpoh, Perak dari tahun 2018 hingga 2021.
Pada 1 April 2021, YAA telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, dan kemudiannya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 3 Disember 2025. Kemuncak kerjaya kehakiman YAA dilakar pada 3 Disember 2025, apabila YAA secara rasmi dilantik sebagai Hakim Besar Malaya Malaysia.
Sebagai menghargai sumbangan YAA kepada negara, YAA telah dikurniakan Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P) pada tahun 1998, Darjah Johan Negeri Pulau Pinang (D.J.N) pada tahun 2007. Manakala pada tahun 2008 YAA juga telah dikurniakan Darjah Paduka Cura Simanja Kini (P.C.M) daripada Negeri Perak, seterusnya YAA juga telah dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri Pulau Pinang (D.S.P.N) pada tahun 2010. Pada tahun 2017, YAA telah dikurniakan Darjah Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K) oleh Kebawah DYMM Sultan Kedah ketika itu iaitu Almarhum AI-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Sultan Badlishah.
YAA telah mendirikan rumah tangga dengan YBhg. Datin Fauziah binti Samsudin dan hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan empat orang anak.