Skip to main content

Bidang Kuasa Mahkamah Tinggi

Di bawah Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi adalah merujuk kepada Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Malaya adalah setara (coordinate) dengan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak

Secara umumnya, Mahkamah Tinggi di Malaya akan mendengar kes-kes dan pertikaian-pertikaian yang berlaku dalam bidang kuasa Semenanjung Malaysia. Manakala, Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak akan mendengar kes-kes dan pertikaian –pertikaian yang berlaku dalam bidang kuasanya di Sabah dan Sarawak sahaja.

Bidang kuasa tersebut adalah

Bidang Kuasa Asal Jenayah

  • Mendengar kes jenayah melibatkan hukuman mati.

Bidang Bidang Asal Sivil

  • Mendengar dan memutuskan kesemua kes sivil melebihi bidang kuasa Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret (jumlah yang terlibat melebihi RM1,000,000.00) dan Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa ekslusif dalam mendengar pertikaian mengenai penceraian dan isu-isu matrimonial, admiralti, kebankrapan atau pertikaian syarikat dan melantik dan mengawal penjaga kanak-kanak dan harta, melantik dan mengawal penjaga orang kurang-upaya dan estet, dan isu-isu probet dan surat kuasa mentadbir.

Bidang Kuasa Rayuan

  • Mendengar rayuan jenayah dan sivil daripada Mahkamah Sesyen dan Majistret.
  • Penyemakan Prosiding Jenayah Mahkamah Rendah.