Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

 

Dato' Mohamad Zabidin


YAA Dato’ Mohamad Zabidin bin Mohd Diah
Hakim Besar Malaya
DSDK, SMP, SDK

YAA Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah dilahirkan di Gurun, Kedah pada 1.9.1957. YAA Dato’ telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1982. 

YAA Dato’ memulakan kerjaya dalam bidang kehakiman dan perundangan dengan berkhidmat sebagai Majistret pada tahun yang 1982 di Mahkamah Butterworth Pulau Pinang. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Ketua Unit Pendakwaan bagi Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta Penasihat Undang-Undang bagi Negeri Perlis.

YAA Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada tahun 2004, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2007 dan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tahun 2012.

Pada 26.11.2018, YAA Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan. Pada 3.2.2022, YAA Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. 

Pada 7.11.2022, YAA Dato’ telah dilantik oleh YAA Ketua Hakim Negara untuk menjalankan Kuasa-Kuasa dan Tugas-Tugas Hakim Besar Malaya. Seterusnya, pada 17.1.2023, YAA Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.

YAA Dato’ telah dianugerahkan Pingat Dato’ Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) dari kerajaan Negeri Kedah pada 2006 yang membawa gelaran Dato’. Pada 11.12.2018, beliau dianugerahkan Pingat Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) dari kerajaan Negeri Selangor.


ALAMAT :
Pejabat Hakim Besar Malaya
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 5, Istana Kehakiman
Presint 3
62506 PUTRAJAYA

   603-8880 3500