Di bawah Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi adalah merujuk kepada Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Malaya adalah setara (coordinate) dengan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
Secara umumnya, Mahkamah Tinggi di Malaya akan mendengar kes-kes dan pertikaian-pertikaian yang berlaku dalam bidang kuasa Semenanjung Malaysia. Manakala, Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak akan mendengar kes-kes dan pertikaian –pertikaian yang berlaku dalam bidang kuasanya di Sabah dan Sarawak sahaja.