Skip to main content

Perpustakaan

PENGENALAN

Cawangan Perpustakaan merupakan salah satu cawangan di bawah Bahagian Pengurusan PKPMP. Cawangan ini diketuai oleh seorang Ketua Pustakawan dan dibantu oleh seorang (1) Pustakawan dan sepuluh (10) orang Pembantu Pustakawan.

FUNGSI PERPUSTAKAAN

  1. Menyediakan koleksi sumber perpustakaan kepada warga Kehakiman.
  2. Mengurus dan menyediakan akses kepada sumber maklumat undang-undang dalam talian.
  3. Menyediakan perkhidmatan perpustakaan kepada warga Kehakiman.
  4. Menjadi penggerak utama memupuk budaya membaca dalam kalangan warga Kehakiman.

 

PERKHIDMATAN

  1. Koleksi Perundangan
    • Menyediakan koleksi perundangan terkini kepada warga Kehakiman seperti buku rujukan, akta dan laporan perundangan.
  2. Koleksi Alasan Penghakiman
    • Mengumpul dan menjilid koleksi alasan penghakiman untuk rujukan warga Kehakiman.
  3. Maklumat Dalam Talian
    • Perpustakaan melanggan pangkalan data dan ebook perundangan seperti Lexis+, Westlaw, CLJPrime, Lawnet, e-Law, MyLawbox, HeinOnline, Lexread dan Thomson Reuters.
    • Perpustakaan membangunkan Salinan digital dalam format PDF dan ePub koleksi perundangan lama untuk pemeliharaan bahan dan rujukan warga Kehakiman.
  4. Rujukan dan Pencarian Maklumat
    • Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu pengguna mendapatkan bahan dan maklumat yang diperlukan.
  5. Keratan Akhbar
    • Menyediakan artikel surat khabar berkaitan penghakiman dan kes-kes mahkamah kepada warga Kehakiman.
  6. Pinjaman dan Pemulangan
    • Perkhidmatan ini terbuka kepada warga Kehakiman sahaja.
  7. Pinjaman Antara Perpustakaan
    • Perkhidmatan ini disediakan untuk warga Kehakiman meminjam buku dan mendapatkan salinan dokumen/artikel daripada perpustakaan lain.
    • Perkhidmatan peminjaman buku kepada perpustakaan lain.