PENGENALAN
Unit ini adalah di bawah seliaan Pejabat Ketua Hakim Negara dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit dan dibantu oleh seorang Penolong Kanan Pendaftar.
Unit Pesuruhjaya Sumpah Mahkamah Persekutuan Malaysia berfungsi sebagai Unit untuk menguruskan Hal Ehwal Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia dengan efisen, cekap dan teratur dalam memastikan keberkesanan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh Pesuruhjaya Sumpah.
Unit Pesuruhjaya Sumpah turut menjalankan fungsi untuk menjalankan temuduga/peperiksaan bagi pengambilan Pesuruhjaya Sumpah pada setiap tahun menjadikan jumlah Pesuruhjaya Sumpah meningkat pada saban tahun. Ini secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan imej Badan Kehakiman Malaysia.